Monday, 10 December 2012

Monday, 12 March 2012

! Software 4 Dummies!: Cara unblock website yang di block SKMM!

! Software 4 Dummies!: Cara unblock website yang di block SKMM!: Sebelum ini rakyat malaysia telah digemparkan mengenai hampir 10 laman web telah di block oleh pihak SKMM. Termasuklah Megaupload, Megavideo...

! Software 4 Dummies!: Cara unblock website yang di block SKMM!

! Software 4 Dummies!: Cara unblock website yang di block SKMM!: Sebelum ini rakyat malaysia telah digemparkan mengenai hampir 10 laman web telah di block oleh pihak SKMM. Termasuklah Megaupload, Megavideo...

Tuesday, 28 February 2012

Tuesday, 21 February 2012

Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah

Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah

Posted by mohd masri di April 20, 2007
عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.
Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:
ثم أتيته بالمنديل فرده
Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.
Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:
1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.
2) Membaca ‘Bismillah’.
3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):
. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر
Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.
عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين
Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره
Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)
10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

Wallahu’alam.

Rujukan:
طهور المسلم في ضوء الكتاب و السنة مفهوم و فضائل وآداب و احكام
Terjemahan Indonesia bertajuk: Thaharah Nabi, tuntunan bersuci lengkap oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani

What Every Muslim Must Know about Purification by Abdul Rahman Abdul Karim Al-Sheha

Bolehkah Qiaskan Babi Dengan Anjing


Babi Diqiaskan Kepada Anjing
oleh: Almarhum Ustaz Abdul Qadir Hassan (*)
Jawab:
Sebelum mendudukkan masalah yang ditanyakan itu, baiklah kita mengetahui dahulu
beberapa istilah, keterangan dan kaedah berikut ini :
1. Najis adalah kata-kata Arab, artinya kotor.
2. Najis pada istilah ulama ialah : kotoran yang menghalangi sahnya shalat,
maksudnya : sebelum shalat, kotoran-kotoran itu harus dibersuhkan lebih dahulu.
3. Najis dari sudut Agama ada 3 macam :
a) Najis yang disuruh kita membersihkannya (mencuci) berhubung dengan pekerjaan
shalat. Najis ini, yang ada keterangannya dari Agama, hanya 5 macam saja, yaitu
: kencing manusia, tahi manusia, darah haidh/nifas manusia, madzi manusia dan
wadi manusia; selain ini tidak ada keterangannya.
b) Najis dengan makna tidak boleh dimakan dan diminum , seperti : babi, bangkai,
darah binatang sembelihan tidak kerana Allah dan arak.
c) Najis yang berhubungan dengan i’tikad (kepercayaan), seperti orang-orang
musyrik dan yang seumpamanya.
4. Najis yang menurut istilah ulama itu dapat kita pakai asal ada dalilnya dari
Agama, bukan dalil fikiran atau perasaan ulama.
5. Tiap-tiap urusan atau benda keduniaan, menurut ketetapan, asalnya halal bagi
kita. Hanya boleh kita katakan ini haram, ini najis dan sebagainya, bila ada
dalilnya dari Qur’an atau Hadith.
6. Ulama-ulama ada membicarakan qias, ia bukanlah satu dasar yang mutlaq
sebagaimana Qur’an dan Hadith-hadith. Kita hanya menggunakan qias bila ada
jalan-jalannya yang tepat. Itu pun akan terdapat satu atau dua masalah sahaja.
7. Hendaklah diketahui bahwa tiap-tiap yang diharamkan Agama itu, tidak
semestinya najis.
Demikianlah dasar-dasar dari pembicaraan kita yang akan datang.
Sekarang mari kita melanjutkan masalah babi tersebut.
Orang yang mengatakan babi itu najis untuk dipegang, menggunakan beberapa alasan
:
Alasan pertama : Mereka merujuk pada surah al-An’am 146. Setelah Allah Swt
mengatakan babi itu haram untuk dimakan, lalu Allah iringi dengan kata-kata :
“…fa innahu rijsun”
Artinya :…Kerana sesungguhnya daging babi itu “rijsun”
“Rijsun” ini, mereka maknakan najis dipegang.
Bantahannya :
Perkataan rijsun yang berhubungnagn dengan babi, soalnya itu ialah soal makan,
bukan soal dipegang. Oleh kerana itu, rijsun di situ mesti kita makanakan najis
untuk dimakan, bukan yang lainnya.
Sekiranya rijsun di situ hendak kita artikan dengan najis dipegang, maka harus
juga kita katakan ia najis dilihat dan sebagainya dengan alasan lafaznya itu
umum.Tetapi untung dalam masalah babi ini tidak terdapat orang yang berkata babi
najis dilihat.
Alasan kedua : Mereka mengqiaskan babi kepada anjing. Mereka mengatakan anjing
itu najis; Agama menajiskan anjing kerana ada cacing yang disebut Taenia
achinococcus. Tania ini ada juga dalam babi. I’llat (sebab) dinajiskan anjing
sama dengan sebab diharamkan babi, yaitu taenia pada kedua-dua binatang
tersebut.
Bantahannya:
Seharusnya lebih dahulu kita memeriksa : adakah Agama menajiskan persentuhan
dengan anjing atau tidak, sebab soalnya kejurusan ini.
Yang ada keterangannya , hanya tentang anjing menjilat bejana sebagaimana sabda
Nabi Saw :
Artinya: Apabila anjing menjilat dalam bejana salah seorang dari kamu, hendaklah
ia buang airnya, lalu ia mencucinya 7 kali. (Muslim)
Dalam riwayat, Nabi bersabda: Yang pertama kalinya atau akhirnya (hendaklah
dicuci) dengan tanah.
Hadith Rasulullah Saw ini dengan nyata menunjukkan bahwa jilatan anjing dalam
bejana menjadi najis. Ini tidak berarti bahwa seluruh badan anjing itu juga
najis.
Hendaklah kita bedakan antara menjilat di bejana dengan menyentuh badan. Kedua
hal tersebut adalah berlainan.
Sebagai perbandingan : kencing manusia adalah najis. Orang yang setelah kencing,
diperintahkan mencuci tempat keluarnya kencing. Ini hukum Agama yang sudah kita
ketahui. Apakah dengan sebab kencing najis itu, lalu seluruh badan orang yang
kencing itu juga turut menjadi najis? Menurut qiasan anjing itu, mesti kita
katakan bahwa seluruh badan orang ini najis. Kalau najis, maka bila kita
bersentuh dengan orang yang baru kencing tetapi belum bersuci itu, harus kita
juga mencuci tempat kena sentuhan itu.
Tetapi kita maklum tidak ada orang yang berpendirian sedemikian, sebab bukan
demikian seharusnya. Begitu juga seharusnya dengan anjing.
Kemudian, ada riwayat-riwayat :
Artinya : Dari Ibnu Umar : adalah anjing-anjing kencing, datang dan pergi dalam
masjid di zaman Rasulullah Saw tetapi sahabat-sahabat tidak menyiram sedikit pun
dari yang demikian itu. (Bukhari)
dan
Artinya : Dari Abu Hurairah : Ada orang bertanya kepada Rasulullah Saw tentang
telaga-telaga yang ada di antara Makkah dan Madinah. Ada orang berkata :
Sesungguhnya anjing-anjing dan binatang-binatang buas meminum dari telaga-telaga
itu. Sabda Nabi : Bagi binatang-binatang itu apa-apa yang telah diambilnya dalam
perut-perutnya, dan bagi kita apa-apa yang ketinggalan, sebagai minuman yang
suci. (ad-Daraquthni dll)
Kedua riwayat ini menunjukkan bahwa anjing itu tidak najis. Sebab jika najis,
tentu masjid yang dimasuki anjing itu harus dicuci, dan air bekas minuman dalam
telaga itu tidak boleh diminum.
Sesudah kita mengetahui tidak ada keterangan yang menajiskan anjing, seperti
yang tersebut dalam bantahan pertama dan kedua, maka tidak ada jalan menajiskan
babi dengan mengqiaskan kepada anjing.Tetapi biarlah kita perbincangkan.
Mereka yang menghukumkan babi itu najis, kerana sebabnya bersamaan dengan sebab
yang ada pada anjing, yaitu cacing yang disebut taenia acchhinococcus. (1)
Baik, apakah Nabi Saw menyuruh mencuci jilatan anjing itu mutlak kerana ada nya
taenia itu?
Ini belum pasti, walaupun kita dapat mengetahui bahayanya. Tambahan pula dari
keterangan-keterangan yang saya sebutkan di atas, kita telah mengetahui bahwa
tidak ada keterangan yang menajiskan anjing untuk disentuhnya.
Dengan begini cara qias menajiskan babi itu tidak kena dan bukan pada tempatnya
Alasan ketiga : Untuk menguatkan qiasan yang ada di alasan kedua, mereka bawakan
Hadith Nabi Saw: Artinya : Barangsiapa bermain nardasyir seolah-olah ia
mencelupkan tangannya dalam daging babi dan darahnya. (Muslim)
Kata mereka : Nardasyir (dadu) itu hukumnya haram. Bermain nardasyir sama dengan
memegang daging babi dan darahnya.
Maka, memegang daging dan darahnya itu hukumnya sama dengan bermain nardasyir,
yaitu “haram” (najis).
Bantahannya :
Hadith Muslim tersebut sama sekali tidak munasabah dijadikan alasan najisnya
babi dan darahnya untuk dipegang, kerana :
1. Kalau sesuatu diqiaskan kepada yang lainnya, mestinya yang dijadikan tempat
berqias itu sudah diketahui hukumnya atau keadaannya atau sifatnya.
Kalau yang hendak diqiaskan babi kepada nardasyir, mestinya lebih dahulu kita
mengetahui hukum nardasyir itu. Adakah Agama mengharamkan nardasyir atau
menajiskan untuk dipegangnya?
Tentang nardasyir itu belum ada keterangan tentang haramnya atau najisnya dengan
mutlak
Dalam perkara ini ulama masih berselisih faham.
Maka, sekira hendak diqiaskan “nardasyir” kepada babi, maka hukum babi kita
sudah ketahui, yaitu haram (untuk dimakan), paling banyak dapat kita katakan
haram bermain nardasyir, bukan haram memegangnya.
2. Perkataan “seolah-olah” dan yang semisalnya itu belum menjadi sesuatu kaedah
tentang persamaan hukum antara sesuatu dengan yang diseolah-olahkan.
Tetapi kata-kata seolah-olah itu hendak menunjukkan kepada keburukan ( atau
kebaikan) sesuatu.
Sebagai contoh, mari kita perhatikan Hadith ini :
Artinya : Barangsiapa menutup cacat seorang Muslim, maka seolah-olah ia
menghidupkan orang yang mati. (Thabarani)
Menurut cara qias babi dan nardasyir yang tersebut di atas, akan kita dapati
begini : Menutup cacat seorang Muslim, hukumnya wajib. Menutup cacat orang
Muslim sama dengan menghidupkan orang mati. Kesimpulannya : Menghidupkan orang
mati menjadi wajib pula.
Mustahil Allah Swt mewajibkan kita menghidupkan orang yang sudah mati. Tetapi
hal-hal luar biasa seperti inilah yang akan timbul apabila kita hendak
berqias-qiasan.
Ringkasnya :
a) Babi itu najis untuk dimakan : tidak ada keterangan yang menetapkan najis
untuk dipegang atau disentuh.
b) Anjing bila menjilat sesuatu bejana, disuruh kita mencuci bejana itu, tidak
ada keterangan yang mengatakan najis menyentuh anjing.
c) Alasan-alasan orang hendak menajiskan persentuhan dengan babi atau dengan
anjing, tidak ada yang dapat diterima kebenarannya.
d) Oleh kerana itu jalan-jalan mengqias anjing kepada babi , atau mengqias babi
kepada anjing itu pun menjadi tidak benar.
e) Imam Malik berkata : anjing itu suci
d) Kata Imam Malik lagi : buruan dengan anjing itu boleh dimakan(2) maka
bagaimana patut dimakruhkan air liurnya? Ucapan ini hendak menunjukkan bahwa
air liur anjing tidak najis.
(*) Almarhum adalah anak kepada A.Hassan Bandung. Meninggal pada tahun 1984.
Beliau semasa hidupnya, diberi kepercayaan oleh Rabithah ‘Alam Al-Islami (Liga
Islam Sedunia)di Majlis Fiqih
(1) Menurut Alg. Uezonheidsleer 1, hal 88, bahwa cacing itu mendatang juga pada
babi, manusia, lembu, kambing dll. Semestinya ahli qias menajiskan juga manusia,
lembu dan kambing kerana ‘illah yang ada pada binatang-binatang itu sama dengan
yang ada pada anjing.
(2) Kerana ada Ayat dan Hadith-hadith yang membenarkan kita memakan binatang
yang diburu dan dibawa dengan gigitan anjing.

Just4 fun